Ibu Kolot?

Suatu hari seorang anak balik lewat petang.Hampir maghrib ketika itu.Seorang ibu risaukan anak perempuannya yang keluar selepas asar berjumpa sahabat lama. Mungkin ada yang berpendapat pemikiran ibu itu kolot,ibunya teruskan menghubungi anaknya itu tanpa henti.Risau, hampa, tidak berjawab.Betapa risaunya dia.Anak pulang jam 7.40 dan terus bergegas menunaikan solat maghrib.

Anak kemudian berjumpa ibunya untuk menjelaskan perkara dan punca dia lewat pulang.Nampak kesan ibunya baru lepas menangus.

Antara kata-kata anak kpd ibunya :

Anak : Ala anak orang lain balik malam, perempuan jugak, takpe je, mak diorg tak marah pun?

Ibu : Yela, orang lain tak hirau anak, ibu ni risaukan anak.Jangan bandingkan ibu dengan orang lain, ibu sayang anak-anak, selalu fikirkan anak2, selamat ke, risau jadi apa-apa. Sekarang kes macam2.

Anak : (Diam dan terharu)

Ibu : Mak bapak zaman sekarang lain. Kalau orang burukkan anak, orang tu yang kena marah. Anak dia semua dianggap betul.Zaman dulu lain, kalau dapat tahu anak buat perangai, diikat dekat pokok lepas tu kena rotan. Sebab tu anak-anak zaman sekarang perangai sorang-sorang macam syaitan. Mak lepaskan je anak-anak mcm kambing dan lembu. Jangan buat ibu risau dah.

Kadangkala, rasa beruntung mendapat ibu macam tu, ibu menjaga bagai minyak yang penuh pun aku masih berperangai macam ni, kalau ibu biarkan aku macam lembu dan kambing, entah jadi syaitan agaknya. Kadang aku terfikir, mujur aku mendapat kawan-kawan yang bukan syaitan, yang nak berparti tak ada arah tuju, tak ada yang terlibat dgn pil khayal mahupun arak, tak ada yang berjudi, Mujur, mujur.Kalau tak, mungkin aku turut hanyut.Mintak jauh kawan-kawan jenis begini.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19/02/2012

2 responses to Ibu Kolot?

  1. tinooo said:

    ma aku gtu tinoo.. balek lewat cket nalipon doh.. hehe.. aku saye ma aku.. <3

  2. biasalah ibu mana tak sayang anak :)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>