Outdoor Land Rover with Remaja Team & Awal Ashaari

Assalamualaikum,

Hari tu, 23 Feb 2012 ada la join team remaja buat outdoor activity.Pagi- pagi dah berkumpul kat Karangkraf and bertolak ke Tanjung Malim naik Land Rover. 5 Buah land rover kesemuanya.

Perasaan naik Land Rover? Seronok, tp lagi seronok kalau kelajuan dia ditingkatkan.Haha, memang Land Rover dicipta utk sempoi2 lah, bawak kat highway pun 90-11o km/h je. Sampai kat Tg.Malim dalam 10.30, pekena pau Tanjung Malim dulu, tiba2 awal datang dgn manager dia. First thought he’s so friendly and wangi. Hiuhiu

Kemudia terus ke lokasi seterusnya Lubuk Bawah, Tg Malim.Jalan yang boleh diredah oleh kenderaan 4×4 sahaja aku rasa.Hahaha.Nais lahhh. Sampai sana photoshoot kejap, lepas tu semua tempted nak berenang.Tukar baju dan berenang ke sana kemari, air bersih dan deras gila! Memang semua tergelincir dan hanyut lah. Seronok.Awal sporting berenang bersama kami semua.

Lepastu naik dan makan makan. Team Land Rover, MyLandy yang masakkan. Dalam hutan ada macaroni goreng, fries, papadom, kek, ayam bakar dan air sunquik. Hahaha.They are freaking awesome dude!

Dalam 3.30 kitorg gerak balik KL. Penat tp enjoyable. Kisah ini nanti dimuatkan dalam remaja isu 1 April. Go and check ya? Okay, nah beberapa keping gambar :

 

 

CUKUPLAH.GAMBAR BANYAK BANYAK JENGKEL JUGAK.

KBAI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24/02/2012

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>